Posts

Showing posts from January, 2023

SASTERA SERING DI PERSENDAKAN ?

Image
    اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Novel merupakan salah satu karya sastera yang mampu mendidik pembaca untuk memperoleh manfaat daripada karya tersebut. Malah, ada segelintir penulis yang kurang mempunyai ilmu asas sastera mengambil langkah mudah semasa menghasilkan sesebuah karya sastera. Mereka lebih mementingkan keuntungan daripada kualiti karya sastera tersebut. Walhal sesebuah karya sastera yang baik adalah mengandungi bahasa yang indah-indah sahaja.      Semenjak kebelakangan ini, isu sastera telah menjadi sebutan hangat di media sosial mahupun sidang akhbar. Kebanyakan pengarang sastera yang hebat amat sedih apabila mendengar berkenaan dengan isu tersebut.  Pada baru-baru ini, negara kita telah digemparkan dengan sebuah karya sastera iaitu Novel yang bertajuk " Darlingku Mr Cold Mafia " telah didakwa oleh pihak berkuasa kerana mempunyai unsur 'child grooming' , pedolia , dan babak intim yang keterlaluan sehingga mencetuskan kem...

KEBIJAKSANAAN KHALID AL-WALID

Image
    اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Khalid bin al-Walid bin al-Mughirah yang lebih dikenali sebagai Saifullah al-Maslul bermaksud Pedang Allah merupakan seorang panglima Tentera Arab.  Baginda berketurunan Bani Magzum dan dilahirkan pada abad 592  masihi di Mekah al-Mukarramah. Baginda telah wafat pada tahun 21 Hijrah ketika  baginda berumur 60 tahun. Baginda terkenal dengan sifat kebijaksanaannya dalam peperangan Islam ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan juga zaman khalifah-khalifah Abu Bakar al-Siddiq serta Umar al-Khattab. Kebijaksanaan, keberanian, kegagahan, dan keperwiraan baginda tersemat pada dirinya selepas baginda gemar bergaduh dengan sepupunya Umar al-Khattab. Semenjak daripada itu, Khalid al-Walid berani untuk melindungi dirinya daripada pergaduhan yang berlaku. Khalid al-Walid gemar menunggang kuda dan seni pertarungan pedang semenjak usia kecil lagi. Anggapan baginda belajar ilmu tersebut untuk manfaat dirinya juga sehingga menj...

SAAD BIN ABI WAQQAS, PEMANAH PERTAMA

Image
      اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Saad bin Abi Waqqas . Siapakah Saad bin Abi Waqqas ? Nama penuh baginda ialah  Saad bin Malik bin Abd Manaf Az-Zuhri yang lebih dikenali sebagai Abu Ishaq dan Faris Al-Islam. Baginda dilahirkan di kota suci Mekkah pada tahun 23 sebelum hijrah.  Saad adalah seorang pemberani dalam mempertahankan agama islam semasa peperangan. Baginda juga ialah salah seorang sahabat Rasulullah SAW dan juga orang yang ketiga dalam memeluk agama islam.      Saad bin Abi Waqqas merupakan seorang anak yang amat patuh terhadap ibunya. Baginda juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW. Baginda digelar seorang anak yang patuh akibat peristiwa selepas baginda memasuki Islam. Perkara ini dapat dilihat semasa ibunya mogok makan supaya anaknya Saad murtad. Selepas daripada itu, turunlah sebuah firman dimana Allah bersabda dalam surah Al-Ankabut:ayat 8, " dan kami wajibkan manusia untuk berbuat baik kepada kedua i...

AKIDAH REMAJA KIAN LUNTUR AKIBAT PENGARUH DRAMA ?

Image
    اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Drama Melur untuk Firdaus merupakan sebuah drama karya Cik Nor Cinta dan ianya diadaptasi oleh Novel My 'Rude' Wife. Drama Melur untuk Firdaus ini di tayangkan oleh slot Lestary TV3 pada hari rabu hingga sabtu pada pukul 9.00 malam. Drama ini juga dilakonkan oleh hero remaja iaitu Meerqeen dan heroin daripada dewi remaja iaitu Anna Jobling. Kepopularan gabungan antara dua orang pelakon tersebut membuatkan drama Melur untuk Firdaus menjadi drama terhangat di Malaysia serta Indonesia.           Drama ini mengisahkan seorang anak lelaki yang bernama Firdaus Iskandar yang terpaksa meninggalkan kekasih hatinya kerana desakan kedua ibu bapanya yang menyuruhnya berkahwin dengan segera. Firdaus terpaksa berkahwin dengan pilihan hati kedua ibu bapanya atas sebab kekasih hatinya tidak mahu mendirikan rumah tangga pada usia muda. Oleh itu, Firdaus perlu berkahwin dengan pilihan kedua ibu bapanya iaitu Me...

BATU BERTENGGEK TELUK INTAN

Image
    اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Batu Bertenggek Teluk Intan dikenali sebagai Batu Tenggek merupakan salah satu mercu tanda bandar Teluk Intan. Akan tetapi, tidak ramai mengetahui kewujudan Batu Tenggek ini. Hal ini kerana, masyarakat tidak mempunyai maklumat mengenai peninggalan khazanah ini. Batu Tenggek terletak di bandar Teluk Intan iaitu di simpang empat Jalan Changkat Jong berhadapan dengan bangunan pejabat cawangan Tabung Haji. Sehubungan dengan itu, peninggalan Batu Tenggek tersebut telah menjadi Tugu Memorial Perang Dunia yang sangat unik di Perak sekaligus memberi peringatan kepada masyarakat terhadap perajurit yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua.  Menurut penduduk Teluk Intan yang mengatakan bahawa batugranit tersebut ditinggalkan oleh tentera British hanya sebesar kotak mancis sahaja malah lama kelamaan batu tersebut semakin membesar sehingga kini.       Tugu Memorial Perang Dunia ini telah dirasmikan oleh Sir Th...

KERACUNAN BAHASA SEMAKIN BERLELUASA DI NEGARA KITA

Image
   اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Bahasa Melayu kaya dengan peristilahan dan ragam bahasa. Malah kemunculan teknologi moden menyebabkan keracunan bahasa seperti bahasa rojak mudah berleluasa di media sosial. Hal ini menyebabkan remaja mudah dipengaruhi dengan bahasa rojak iaitu penggunaan dua bahasa dalam satu wacana (ayat). Perkara ini boleh dilihat di media sosial itu sendiri seperti di ruangan komen aplikasi 'Tiktok' dan 'Instagram'. Rata-rata netizen gemar menggunakan bahasa rojak ketika mereka melontarkan komen di media sosial.   'Manusia always do a mistake , tapi bukan kesilapan kesilapan sama yang di ulang2','die x nmpk effort kite utk sntiasa ade..tp berkali-kali x dihargai..rase perlu dtg, x perlu ignore .. bile luah, kite jugak dipersalahkan..' . Berikut adalah sedikit cebisan daripada komen yang dilontarkan oleh segelintir netizen di ruangan komen. Disini, kita dapat lihat bahawa remaja kini telah sebati dengan keracuna...

PEMIKIRAN MASYARAKAT "DALAM TELEFILEM AIDA ADHA"

Image
    اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Telefilem Aida Adha merupakan sebuah filem yang ditayangkan khas sempena Hari Raya Adha di stesen TV 1 pada pukul 10 malam. Liza Mior Rashdi merupakan penulis skrip bagi telefilem tersebut. Pelakon utama dalam telefilem ini adalah Afifah Nasir dan Bil Azali. Telefilem Aida Adha ini mengisahkan seorang Jurutera yang bernama Adha telah berjaya untuk pulang beraya di kampung. Adha berhasrat untuk menyambut hari raya Aidiladha dengan meriah bersama Paklong dan Maklongnya di kampung setelah sekian lama tidak pulang. Adha telah jatuh cinta terhadap Aida setelah sekian lama di bandar. Oleh itu, Adha bertindak untuk beraya ke kampung supaya cara tersebut dia dapat meminang Aida. Dengan semangat perayaan yang mendalam, Adha berjaya menyambut perayaan dengan meriah bersama keluarga saudaranya.     Telefilem Aida Adha ini telah memaparkan sifat seorang pemuda iaitu Adha yang ini mengekalkan warisan budaya kita. Adha bersema...

INSAN KERDIL BERJIWA BESAR

Image
  اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Kekurangan diri bukanlah satu halangan baginya. Semangat beliau yang begitu kental menyebabkan beliau berjaya sehingga kini. Itulah kehidupan seorang motivator dan juga seorang jutawan yang berjaya. Nama diberi Mohd Sukur Bin Ibrahim Bahruddin Bekri yang lebih dikenali sebagai Sukur Ibrahim. Beliau  merupakan jutawan yang berasal daripada Melaka. Sukur mempunyai seorang isteri dan beliau telah menimbang 2 cahaya mata yang bernama Anas Wafiy dan Wafa. Kehadiran isterinya membuatkan kehidupannya lebih semangat untuk membuat sesuatu perkara.            Sehubungan dengan itu, Sukur adalah bekas seorang graduan di Universiti Kebangsaan Malaysia jurusan Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Selepas tamat pengajian, Sukur pernah gagal dalam syarikat MLM malah beliau tidak putus asa untuk berjaya. Dengan berkat usaha serta semangat membaranya, beliau telah memenangi Anugerah OKU Cemerlang Kebangsaan. Ha...

KEUNGGULAN PERIBADI SN SITI ZAINON ISMAIL

Image
         اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Datuk Dr. Siti Zainon binti Ismail yang lebih dikenali sebagai Siti Zainon Ismail merupakan sasterawan tanah air kita. Beliau digelar sebagai "pengembara yang tidak pernah kenal erti lelah" kerana beliau gigih mendalami ilmu sastera dengan masa yang panjang. Walaupun ianya mengambil masa yang panjang beliau telah diangkat sebagai Sasterawan Negara yang ke-14 pada tahun 2019. Beliau juga digelar sebagai Ratu Busana oleh kerana penampilannya yang klasik lain daripada yang lain. Kata beliau, penampilannya itu diinspirasikan daripada penampilan neneknya. Beliau dilahirkan di Gombak pada 18 Disember 1949. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Setapak, Kuala Lumpur. Pada tahun 1968, beliau telah mendapat lulusan pendidikan tahap menengah di Sekolah Menengah Aminuddin Baki dan menyambung pendidikannya di Yogyakarta dengan jurusan Seni Lukis.  Semangat beliau mendalami bidang sastera sehingga b...

KEUNIKAN RUMAH KUTAI, PERAK

Image
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Rumah Kutai . Apa itu Rumah Kutai ? Rumah Kutai adalah Rumah Tradisional Melayu yang terletak di Perak, Darul Ridzuan. Rumah Kutai juga merupakan sebuah rumah yang terawal di bina pada sekitar abad ke-18 dan 19. Menurut Dr. Haji Muhammad Pauzi, Rumah Kutai ini merupakan pemilik seorang pendekar yang terkenal di Bota Kanan iaitu Uda Noh bin Kanda Jaafar.            Seni bina rumah ini banyak dipengaruhi oleh kaum suku seperti Bugis, Rao, Banjar, Cina serta Inggeris yang datang berhijrah dan berdgang pada ketika dahulu. Keunikan Rumah Kutai ini adalah dari segi seni ukiran yang terdapat pada bukaan tingkap, dinding,  penggunaan tanggamnya yang pelbagai jenis bentuk, lantai jeria, struktur bumbung yang unik.. Seni bina rumah warisan ini juga mempunyai pengaruh daripada senibina rumah warisan Adat Bugis Sumatera dan rumah warisan Aceh. Akan tetapi, rumah warisan ini mempunyai ciri-ciri khasnya tersend...

NOVEL DI BAWAH LINDUNGAN KA'BAH

Image
  اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Novel Di Bawah Lindungan Ka'bah merupakan sebuah novel karya sasterawan Indonesia iaitu Haji Abdul Malik Karim Amrullah yang dikenali sebagai HAMKA. Jalan cerita novel ini telah memberi kesan kepada saya kerana ianya mengisahkan perasaan cinta antara satu sama lain dan hanya mampu menyimpan rasa cinta sahaja.      Novel ini mengisahkan  perjalanan seorang pemuda islam yang bernama Hamid. Hamid merupakan anak yatim dan tinggal di Sumatera bersama ibunya. Selepas dua tahun kehilangan ayahnya, Hamid terjumpa dengan satu pasangan bangsawan Minang yang bernama Haji Ja'far dan isterinya bernama Asiah. Haji Ja'far dan isterinya mengajak Hamid serta ibunya berpindah ke rumah agamnya. Mereka berdua menganggap Hamid dan ibunya sebagai keluarga sendiri. Pasangan bangsawan itu mempunyai seorang cahaya mata yang bernama Zainab. Hamid dan Zainab dibesarkan sebagai adik-beradik. Mereka berdua diberikan pendidikan bers...

TRAGEDI 16 DISEMBER 2022, DALAM INGATAN

Image
إنا لله وإنا إليه راجعون          Pada 16 Disember seawal 2.00 pagi, negara kita digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang terjadi di tapak perkhemahan Batang Kali. Kejadian ini sungguh menyayat hati oleh seluruh warga Malaysia dimana ianya meragut nyawa seramai 31 orang yang terdiri daripada 11 orang kanak-kanak dan 20 orang dewasa. Paling meruntuh jiwa apabila pasukan penyelamat terdengar satu jeritan pertolongan di dalam timbunan tanah dan melihat seorang ibu yang bersama anak perempuanya sedang berpelukan. Wajah anak perempuan yang sayu dan masih terkejut dengan kejadian yang berlaku. Sungguh hiba suasana di tempat kejadian itu. Melihat keadaan tempat yang sangat naif serta kenderaan mangsa lingkup dalam timbunan tanah. Hari demi hari operasi SAR dan anjing pengesan serta bantuan kumpulan mesin jengkaut tidak berhenti untuk membuat pencarian mangsa. Mereka tidak berputus asa untuk meneruskan percarian tersebut. Setelah beberapa hari pihak berkuasa ...

PANTAI SIRING, MELAKA

Image
                     اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Sungguh jauh terpinggir di Merlimau, Melaka terletaknya Pantai Siring. Walau ianya terpinggir jauh dalam sebuah kampung, pengunjung tidak berhenti berpusu-pusu masuk  untuk mengunjungi pantai tersebut pada waktu petang. Setiap petang, keadaan di Pantai Siring amat sesak. Ramai pengunjung datang untuk menikmati keindahan alam yang cantik terbentang luas di Kampung Pulai ini terutamanya pada waktu puncak matahari terbenam. Deruan ombak kedengaran membuat pengunjung menarik untuk mendapat ketenangan jiwa. Rentetan dengan itu, keindahan alam alam ini amat baik untuk para pelajar untuk mendapatkan ketenangan dan merawat fikiran. Kedengaran burung menyanyi memeriahkan lagi suasana di pantai tersebut. Kedengaran gurauan senda kanak-kanak yang riang bermain air serta sorokan beberapa pengunjung ketika memancing ikan. Di Pantai ini bukan sahaja boleh menikmati ...