NOVEL DI BAWAH LINDUNGAN KA'BAH

 

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Novel Di Bawah Lindungan Ka'bah merupakan sebuah novel karya sasterawan Indonesia iaitu Haji Abdul Malik Karim Amrullah yang dikenali sebagai HAMKA. Jalan cerita novel ini telah memberi kesan kepada saya kerana ianya mengisahkan perasaan cinta antara satu sama lain dan hanya mampu menyimpan rasa cinta sahaja.

    Novel ini mengisahkan  perjalanan seorang pemuda islam yang bernama Hamid. Hamid merupakan anak yatim dan tinggal di Sumatera bersama ibunya. Selepas dua tahun kehilangan ayahnya, Hamid terjumpa dengan satu pasangan bangsawan Minang yang bernama Haji Ja'far dan isterinya bernama Asiah. Haji Ja'far dan isterinya mengajak Hamid serta ibunya berpindah ke rumah agamnya. Mereka berdua menganggap Hamid dan ibunya sebagai keluarga sendiri. Pasangan bangsawan itu mempunyai seorang cahaya mata yang bernama Zainab. Hamid dan Zainab dibesarkan sebagai adik-beradik. Mereka berdua diberikan pendidikan bersama. Segala yuran pendidikan Hamid ditanggung sepenuhunya oleh Ja'far. Ibu Hamid gembira kerana hasratnya untuk memberi pendidikan kepada Hamid tercapai. Setelah Hamid meningkat dewasa, Hamid sudah tidak lagi mengikuti sistem kelas tradisional kerana ia merendah diri untuk menerima pendidikan bertaraf bangsawan lagi. Dia bertindak untuk menyambung pendidikan di sekolah agama yang bertempat di Padang Panjang. Secara tidak langsung, Hamid mempunyai perasaan terhadap adik angkatnya Zainab kerana ia tertarik dengan perwatakan sopan Zainab. Tanpa pengetahuan Hamid, Zainab juga mempunyai perasaan terhadap abang angkatnya itu. Malah, kedua-duanya hanya mampu menyimpan rasa sehingga Hamid mengambil langkah untuk berpindah ke Padang Panjang untuk menimba ilmu agama.
    
    Hamid mendengar khabar berita bahawa Haji Ja'far telah kembali ke rahmatullah lalu dia bertindak membawa pulang ibunya ke rumah mereka semula. Dia merendah diri untuk terus menetap di rumah Haji Ja'far . Selepas berpindah, ibunya terlantar sakit di rumah dan ibunya juga telah memberi nasihat kepada Hamid supaya tidak mengahwini Zainab. Ibunya tahu perasaan Hamid kepada Zainab tetapi status sosial yang berbeza menyebabkan mereka tidak akan bersatu. Hamid akur terhadap nasihat ibunya itu. Beberapa bulan kemudian, ibunya telah menghembus nafas. Dunia Hamid begitu gelap setelah kematian Haji Ja'far dan ibunya.Kemudian, isteri Haji Ja'far iaitu Asiah menyuruh Hamid hadir ke rumahnya untuk berbincang beberapa masalah. Hamid turuti permintaan Asiah itu.  Tiba sahaja di rumah , Asiah meminta pertolongan daripada Hamid untuk menyakinkan Zainab supaya berkahwin dengan sepupunya sendiri yang merupakan golongan bangsawan. Tetapi, hati Zainab hanya untuk Hamid. Hamid agak kecewa atas usahanya untuk menyakinkan adik angkatnya itu tidak berhasil dan dia berhasrat untuk berhijrah ke Mekah pula untuk melapangkan dadanya.

    Semasa musim haji, Hamid bertemu dengan sahabatnya Saleh bersama isterinya Rosna untuk menunaikan haji. Rosna menceritakan mengenai Zainab yang tidak mendirikan rumah tangga lagi kerana hatinya dan cintanya terhadap Hamid tidak mudah pudar. Dia amat menyayangi Hamid. Selepas mendengar cerita Rosna, Hamid berhasrat untuk pulang ke rumahnya tetapi hasratnya itu tidak tercapai kerana dia terlantar sakit. Tidak lama kemudian, Hamid telah kembali kerahmatullah di tanah suci itu dan Zainab juga telah menghembus nafa setelah sudah lama menanggung sakit.

    

Comments

Popular posts from this blog

PANTAI SIRING, MELAKA

KEUNIKAN RUMAH KUTAI, PERAK

BATU BERTENGGEK TELUK INTAN