SAAD BIN ABI WAQQAS, PEMANAH PERTAMA
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Saad bin Abi Waqqas . Siapakah Saad bin Abi Waqqas ? Nama penuh baginda ialah Saad bin Malik bin Abd Manaf Az-Zuhri yang lebih dikenali sebagai Abu Ishaq dan Faris Al-Islam. Baginda dilahirkan di kota suci Mekkah pada tahun 23 sebelum hijrah. Saad adalah seorang pemberani dalam mempertahankan agama islam semasa peperangan. Baginda juga ialah salah seorang sahabat Rasulullah SAW dan juga orang yang ketiga dalam memeluk agama islam.
Saad bin Abi Waqqas merupakan seorang anak yang amat patuh terhadap ibunya. Baginda juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW. Baginda digelar seorang anak yang patuh akibat peristiwa selepas baginda memasuki Islam. Perkara ini dapat dilihat semasa ibunya mogok makan supaya anaknya Saad murtad. Selepas daripada itu, turunlah sebuah firman dimana Allah bersabda dalam surah Al-Ankabut:ayat 8, " dan kami wajibkan manusia untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapanya: dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan DAKU (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kemnali kamu semuanya, kemudian aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan". Firman tersebut dapat dilihat semasa Saad berkata kepada ibunya, "perlu diketahui wahai ibuku, sekiranya ibu memeliki 100 nyawa dan nyawa ibu dicabut oleh malaikat satu persatu, maka aku tidak akan murtad dari agama baruku ini". Disini, kita dapat dilihat bahawa baginda tetap mentaati ibunda ketika baginda mempertahankan agama islam.
Selain itu, hobi Saad bin Abi Waqqas adalah memanah sehingga berjaya menjadi orang pertama memanah dalam peperangan. Keberanian baginda menyebabkan baginda terlibat dalam pertempuran Al Jisr atas perutusan Abdurrahman bin Aus sehingga baginda berjaya dalam pertempuran tersebut. Sifat berani baginda membuatkan para sahabat kagum dengan perjuangan baginda sehingga penglihatannya terkorban dalam peperangan dan baginda telah wafat ketika usianya 80 tahun di Kota Madinah. Oleh itu, kita sebagai umat islam haruslah mempunyai minat dalam aktiviti memanah kerana ianya merupakan salah satu sunnah. Selain itu, kita hendaklah berani dalam memperjuangkan agama islam supaya agama kita tidak dipermainkan oleh segelintir individu.
Comments
Post a Comment