INSAN KERDIL BERJIWA BESAR
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Kekurangan diri bukanlah satu halangan baginya. Semangat beliau yang begitu kental menyebabkan beliau berjaya sehingga kini. Itulah kehidupan seorang motivator dan juga seorang jutawan yang berjaya. Nama diberi Mohd Sukur Bin Ibrahim Bahruddin Bekri yang lebih dikenali sebagai Sukur Ibrahim. Beliau merupakan jutawan yang berasal daripada Melaka. Sukur mempunyai seorang isteri dan beliau telah menimbang 2 cahaya mata yang bernama Anas Wafiy dan Wafa. Kehadiran isterinya membuatkan kehidupannya lebih semangat untuk membuat sesuatu perkara.
Sehubungan dengan itu, Sukur adalah bekas seorang graduan di Universiti Kebangsaan Malaysia jurusan Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Selepas tamat pengajian, Sukur pernah gagal dalam syarikat MLM malah beliau tidak putus asa untuk berjaya. Dengan berkat usaha serta semangat membaranya, beliau telah memenangi Anugerah OKU Cemerlang Kebangsaan. Hal ini kerana, Sukur mempunyai semangat yang luar biasa walaupun mempunyai kekurangan sifat. Beliau adalah seorang motivator yang berkesan serta beliau juga merupakan ahli perniagaan karpet yang berjaya. Syarikat beliau telah memberi perkhidmatan pembekal dan pemasangan karpet di masjid. Sukur juga gemar memberi motivasi kepada masyarakat untuk memberi kesedaran kepada mereka supaya jangan mudah berputus asa dalam kehidupan walaupun seberat halangan yang dihadapi.
Oleh itu, semangat insan kerdil ini hendaklah kita jadikan ia sebagai inspirasi kepada kita agar sentiasa bersemangat dalam menjalankan kehidupan sepertimana semangat Sukur dalam menjalani kehidupannya.

Comments
Post a Comment