AKIDAH REMAJA KIAN LUNTUR AKIBAT PENGARUH DRAMA ?

 


 اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Drama Melur untuk Firdaus merupakan sebuah drama karya Cik Nor Cinta dan ianya diadaptasi oleh Novel My 'Rude' Wife. Drama Melur untuk Firdaus ini di tayangkan oleh slot Lestary TV3 pada hari rabu hingga sabtu pada pukul 9.00 malam. Drama ini juga dilakonkan oleh hero remaja iaitu Meerqeen dan heroin daripada dewi remaja iaitu Anna Jobling. Kepopularan gabungan antara dua orang pelakon tersebut membuatkan drama Melur untuk Firdaus menjadi drama terhangat di Malaysia serta Indonesia.
    
    Drama ini mengisahkan seorang anak lelaki yang bernama Firdaus Iskandar yang terpaksa meninggalkan kekasih hatinya kerana desakan kedua ibu bapanya yang menyuruhnya berkahwin dengan segera. Firdaus terpaksa berkahwin dengan pilihan hati kedua ibu bapanya atas sebab kekasih hatinya tidak mahu mendirikan rumah tangga pada usia muda. Oleh itu, Firdaus perlu berkahwin dengan pilihan kedua ibu bapanya iaitu Melur walaupun dia sudah menentang cadangan tersebut. Firdaus amat menyayangi kekasih hatinya, Dee. Atas permintaan ayahnya, Firdaus berkahwin juga dengan Melur tanpa rela hatinya. Di awal perkahwinan mereka, Melur meletakkan 7 syarat supaya suaminya Firdaus patuhi untuk terus berhubung dengan Dee. Akan tetapi, masalah tersebut semakin parah selepas Dee semakin mendekat dengan Firdaus. Sepanjang perkahwinan tersebut, Melur amat bersabar dengan karenah suaminya yang masih tidak boleh lupakan bekas kekasih hatinya. Malah lama-kelamaan Firdaus jatuh hati kepada Melur.
   
     Berdasarkan drama tersebut, terdapat unsur-unsur yang boleh merosakkan akidah remaja pada zaman sekarang. Hal ini dikatakan demikian kerana, drama tersebut menjadi sebutan hangat dalam kalangan kalangan remaja yang gemar melihat sebuah drama atas faktor ketampanan dan kecantikan pelakon sahaja tanpa melihat unsur-unsur cerita yang mahu disampaikan. Terdapat adegan-adegan tidak bermoral seperti unsur-unsur lucah dibeberapa episod. Sebagai contoh dapat dilihat pada watak Dee yang mahu memujuk Firdaus untuk kembali kepadanya. "Mesti you pernah sentuh Melur kan", "dekat mana Melur sentuh you". Berikut merupakan salah satu dialog Dee yang berunsurkan lucah. Perkara ini amat tidak bagus untuk ditayangkan di televisyen kerana bukan sahaja remaja yang menonton malah kanak-kanak turut gemar menontonnya. Mereka mudah terpengaruh dengan perbuatan tersebut. Dengan ini, kita dapat dilihat isu remaja sekarang yang telah terpengaruh dengan gejala sosial tersebut. Ramai remaja pengaruh dengan persekitaran yang tidak sihat. Mereka mudah melakukan perkara-perkara yang tidak sihat. Oleh itu, pihak produksi di Malaysia haruslah menapis terlebih dahulu drama-drama yang ingin ditayangkan agar dapat melahirkan generasi yang berakhlak mulia.

    

Comments

Popular posts from this blog

PANTAI SIRING, MELAKA