KEBIJAKSANAAN KHALID AL-WALID

 


 اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Khalid bin al-Walid bin al-Mughirah yang lebih dikenali sebagai Saifullah al-Maslul bermaksud Pedang Allah merupakan seorang panglima Tentera Arab. Baginda berketurunan Bani Magzum dan dilahirkan pada abad 592  masihi di Mekah al-Mukarramah. Baginda telah wafat pada tahun 21 Hijrah ketika  baginda berumur 60 tahun. Baginda terkenal dengan sifat kebijaksanaannya dalam peperangan Islam ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan juga zaman khalifah-khalifah Abu Bakar al-Siddiq serta Umar al-Khattab. Kebijaksanaan, keberanian, kegagahan, dan keperwiraan baginda tersemat pada dirinya selepas baginda gemar bergaduh dengan sepupunya Umar al-Khattab. Semenjak daripada itu, Khalid al-Walid berani untuk melindungi dirinya daripada pergaduhan yang berlaku. Khalid al-Walid gemar menunggang kuda dan seni pertarungan pedang semenjak usia kecil lagi. Anggapan baginda belajar ilmu tersebut untuk manfaat dirinya juga sehingga menjadi tunjang kemenangan beliau.

    Sehubungan dengan itu, Khalid al-Walid terkenal dengan sifat kepujiaanya iaitu kebijaksanaan dalam mengatur strategi peperangan. Baginda di kagumi oleh semua umat Islam pada zaman tersebut. Khalid al-Walid telah menggunakan strategi yang berlainan dalam pertarungan seperti baginda mengkaji bentuk bumi, arah angin, dan kekuatan pasukan musuh . Sifat kebijaksanaannya itu menyebabkan baginda berjaya mengalahkan pasukan Rom dan Parsi hanya selama tiga tahun sahaja. Baginda juga pernah mengatur strategi untuk memperdayakan pasukan musuh sehingga penat ketika peperangan Hormuz di Uballa. Khalid al-Walid juga berjaya dalam peperang tersebut. Akan tetapi, Khalid al-Walid pernah menentang Nabi Muhammad SAW ketika baginda aktif dalam perang Uhud menentang Islam. Malah, Khalid telah memuluk Islam serta memohon khilaf terhadap Nabi Muhammad SAW atas perlakuannya sebelum ini semasa tempoh perdamaian dimeterai oleh Perjanjian Hudaibiyah. Rentetan itu, baginda telah menyertai tentera Islam semasa Perang Mu'tah dan juga perang-perang lain ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan baginda telah menjadi ketua dalam peperangan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
 

Comments

Popular posts from this blog

PANTAI SIRING, MELAKA