BATU BERTENGGEK TELUK INTAN


  اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Batu Bertenggek Teluk Intan dikenali sebagai Batu Tenggek merupakan salah satu mercu tanda bandar Teluk Intan. Akan tetapi, tidak ramai mengetahui kewujudan Batu Tenggek ini. Hal ini kerana, masyarakat tidak mempunyai maklumat mengenai peninggalan khazanah ini. Batu Tenggek terletak di bandar Teluk Intan iaitu di simpang empat Jalan Changkat Jong berhadapan dengan bangunan pejabat cawangan Tabung Haji. Sehubungan dengan itu, peninggalan Batu Tenggek tersebut telah menjadi Tugu Memorial Perang Dunia yang sangat unik di Perak sekaligus memberi peringatan kepada masyarakat terhadap perajurit yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua.  Menurut penduduk Teluk Intan yang mengatakan bahawa batugranit tersebut ditinggalkan oleh tentera British hanya sebesar kotak mancis sahaja malah lama kelamaan batu tersebut semakin membesar sehingga kini. 

    Tugu Memorial Perang Dunia ini telah dirasmikan oleh Sir Theodore Fraser, General Officer Commanding (G.O.C). Batu ini  merupakan gagasan idea daripada orang British dan  diperbuat daripada sebuah batu granit yang besar serta diletakkan di satu pentas khas yang diperbuat daripada konkrit. Terdapat ukiran tulisan di pentas tersebut yang merupakan sebuah puisi yang bertajuk "For The Fallen" daripada seorang penyair Inggeris bernama Laurence Binyon. 

       "At the going down of the sun and in the morning we will remember them". 
                                                                                                    (1914-1918)

    Berikut adalah penulisan penyair Inggeris yang diukir pada pentas khas tersebut beserta tahun ukiran tersebut. Malah selepas Perang Dunia Kedua tamat, terdapat pula tambahan satu ukiran iaitu "1939-1945". Ukiran tersebut di ukir bagi memperingati generasi dulu hingga sekarang terhadap parajurit-parajurit yang terkorban. Oleh itu, kita sebagai masyarakat Melayu haruslah memelihara dan memulihara peninggalan khazanah tersebut supaya generasi akan datang dapat mengetahui serba sedikit mengenai sejarah Teluk Intan dahulu kala.

Comments

Popular posts from this blog

PANTAI SIRING, MELAKA