KEUNIKAN RUMAH KUTAI, PERAK
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Rumah Kutai . Apa itu Rumah Kutai ? Rumah Kutai adalah Rumah Tradisional Melayu yang terletak di Perak, Darul Ridzuan. Rumah Kutai juga merupakan sebuah rumah yang terawal di bina pada sekitar abad ke-18 dan 19. Menurut Dr. Haji Muhammad Pauzi, Rumah Kutai ini merupakan pemilik seorang pendekar yang terkenal di Bota Kanan iaitu Uda Noh bin Kanda Jaafar.
Seni bina rumah ini banyak dipengaruhi oleh kaum suku seperti Bugis, Rao, Banjar, Cina serta Inggeris yang datang berhijrah dan berdgang pada ketika dahulu. Keunikan Rumah Kutai ini adalah dari segi seni ukiran yang terdapat pada bukaan tingkap, dinding, penggunaan tanggamnya yang pelbagai jenis bentuk, lantai jeria, struktur bumbung yang unik.. Seni bina rumah warisan ini juga mempunyai pengaruh daripada senibina rumah warisan Adat Bugis Sumatera dan rumah warisan Aceh. Akan tetapi, rumah warisan ini mempunyai ciri-ciri khasnya tersendiri iaitu penggunaan hiasan lebah bergantung dan ianya mempunyai dua jenis Rumah Kutai. Antaranya ialah Rumah Kutai Tiang 12 atau dikenali sebagai "Rumah Dua Ruang" dan bentuk yang kedua ialah Rumah Kutai Tiang 16. Retentan dengan itu, Rumah Kutai mempunyai beberapa ruang iaitu serambi, rumah ibu, selang, dan rumah dapur. Segala ruang yang terdapat dalam Rumah Kutai ini memberi keselesaan kepada masyarakat Melayu ketika dahulu.
Oleh itu, kita sebagai pewaris negeri Perak perlulah memulihara dan memelihara Rumah Kutai supaya senibina rumah warisan negeri Perak ini dapat dikekalkan sehingga generasi yang akan datang.

Comments
Post a Comment