TRAGEDI 16 DISEMBER 2022, DALAM INGATAN
إنا لله وإنا إليه راجعون
Pada 16 Disember seawal 2.00 pagi, negara kita digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang terjadi di tapak perkhemahan Batang Kali. Kejadian ini sungguh menyayat hati oleh seluruh warga Malaysia dimana ianya meragut nyawa seramai 31 orang yang terdiri daripada 11 orang kanak-kanak dan 20 orang dewasa. Paling meruntuh jiwa apabila pasukan penyelamat terdengar satu jeritan pertolongan di dalam timbunan tanah dan melihat seorang ibu yang bersama anak perempuanya sedang berpelukan. Wajah anak perempuan yang sayu dan masih terkejut dengan kejadian yang berlaku. Sungguh hiba suasana di tempat kejadian itu. Melihat keadaan tempat yang sangat naif serta kenderaan mangsa lingkup dalam timbunan tanah. Hari demi hari operasi SAR dan anjing pengesan serta bantuan kumpulan mesin jengkaut tidak berhenti untuk membuat pencarian mangsa. Mereka tidak berputus asa untuk meneruskan percarian tersebut. Setelah beberapa hari pihak berkuasa membuat percarian, kesemuanya mangsa telahpun jumpa. Hari terakhir percarian mangsa membuatkan semua pihak berasa sedih kerana mangsa terakhir iaitu seorang budak lelaki yang telah dijumpai dalam 'khemah tidur' di kawasan zon A.
Al-fatihah.
Comments
Post a Comment