KEUNGGULAN PERIBADI SN SITI ZAINON ISMAIL

        

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Datuk Dr. Siti Zainon binti Ismail yang lebih dikenali sebagai Siti Zainon Ismail merupakan sasterawan tanah air kita. Beliau digelar sebagai "pengembara yang tidak pernah kenal erti lelah" kerana beliau gigih mendalami ilmu sastera dengan masa yang panjang. Walaupun ianya mengambil masa yang panjang beliau telah diangkat sebagai Sasterawan Negara yang ke-14 pada tahun 2019. Beliau juga digelar sebagai Ratu Busana oleh kerana penampilannya yang klasik lain daripada yang lain. Kata beliau, penampilannya itu diinspirasikan daripada penampilan neneknya. Beliau dilahirkan di Gombak pada 18 Disember 1949. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Setapak, Kuala Lumpur. Pada tahun 1968, beliau telah mendapat lulusan pendidikan tahap menengah di Sekolah Menengah Aminuddin Baki dan menyambung pendidikannya di Yogyakarta dengan jurusan Seni Lukis.  Semangat beliau mendalami bidang sastera sehingga beliau mendapat lulusan Sarjana Sastera di Universiti Kebangsaan Malaysia dan mendapat kelulusan Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaya pada tahun 1992. 

    Rentetan dengan itu, kegigihan beliau menceburi bidang sastera daripada pelbagai segi menyebabkan beliau mempunyai pelbagai pengalaman. Beliau telah memberi sumbangan yang besar terhadap tanah air. Beliau telah mencipta nama yang terbaik dalam bidang sastera. Beliau bergiat aktif dalam bidang sastera terutamanya dalam mendeklamasikan puisi, penciptaan puisi  penulisan kreatif, penglibatan dalam seni budaya busana, penganjuran Festival, dan sebagainya sehingga memenangi beberapa Hadiah sastera. Pada tahun  1989, Siti Zainon Ismail telah dimartabatkan sebagai penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A Write Award) daripada Thailand. Siti Zainon Ismail dikenali ramai bukan sahaja daripada karya sasteranya sahaja malah orang ramai melihat beliau daripada pendiriannya yang berani membawa seni ke alam tersendiri. Beliau amat berjiwa besar dalam dunia sasteranya. Siti Zainon juga dikenali sebagai Ratu Busana Tradisional oleh masyarakat luar. Beliau amat mencintai busana tradisional seperti baju kurung dan baju Melayu. 



Comments

Popular posts from this blog

PANTAI SIRING, MELAKA

KEUNIKAN RUMAH KUTAI, PERAK

BATU BERTENGGEK TELUK INTAN