PEMIKIRAN MASYARAKAT "DALAM TELEFILEM AIDA ADHA"
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Telefilem Aida Adha merupakan sebuah filem yang ditayangkan khas sempena Hari Raya Adha di stesen TV 1 pada pukul 10 malam. Liza Mior Rashdi merupakan penulis skrip bagi telefilem tersebut. Pelakon utama dalam telefilem ini adalah Afifah Nasir dan Bil Azali. Telefilem Aida Adha ini mengisahkan seorang Jurutera yang bernama Adha telah berjaya untuk pulang beraya di kampung. Adha berhasrat untuk menyambut hari raya Aidiladha dengan meriah bersama Paklong dan Maklongnya di kampung setelah sekian lama tidak pulang. Adha telah jatuh cinta terhadap Aida setelah sekian lama di bandar. Oleh itu, Adha bertindak untuk beraya ke kampung supaya cara tersebut dia dapat meminang Aida. Dengan semangat perayaan yang mendalam, Adha berjaya menyambut perayaan dengan meriah bersama keluarga saudaranya.
Telefilem Aida Adha ini telah memaparkan sifat seorang pemuda iaitu Adha yang ini mengekalkan warisan budaya kita. Adha bersemangat untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dengan meriah seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri di kampungnya. Adha memberi cadangan kepada Maklong dan Paklongnya serta tok penghulu untuk menyambutkan perayaan dengan meriah dalam kampung malah tok penghulu tidak setuju kerana agak sukar untuk lakukanya. Akan tetapi, sambutan tersebut terus dilakukan oleh Adha. Berdasarkan telefilem tersebut, pemikiran masyarakat terhadap warisan budaya amat penting dikekalkan. Telefilem tersebut telah memaparkan semangat masyarakat untuk membuat juadah tradisional sambutan hari raya seperti ketupat, lemang, dodol, dan wajik. Sebagai contoh, "emak mahu buat wajik, itukan makanan tradisional kita". Berikut merupakan dialog Maklong terhadap anaknya. Disini dapat dilihat telefilem tersebut mahu memperkenalkan makanan tradisional terhadap penonton. Selain itu, pemasangan panjut di kawasan rumah. Sebagai contoh, "cepat makan, abang sudah mahu balik nak pasang panjut di rumah". Berikut merupakan dialog Adha terhadap adik saudaranya. Pemasangan panjut merupakan tradisi lama dalam meyambut hari raya sebelum lampu elektronik bewarna-warni diperkenalkan.Ia merupakan adat ketika dahulu kala. Perkara ini dapat dilihat bahawa, pemuda tersebut tidak mahu adat kita hilang begitu sahaja. Jadi, pemuda tersebut mahu mengekalkan adat tradisi nenek moyang kita. Oleh itu, telefilem tersebut telah memberi impak yang positif kepada penonton terhadap warisan tradisi kita amat penting dikekalkan.
Comments
Post a Comment