PANTAI SIRING, MELAKA
Sungguh jauh terpinggir di Merlimau, Melaka terletaknya Pantai Siring. Walau ianya terpinggir jauh dalam sebuah kampung, pengunjung tidak berhenti berpusu-pusu masuk untuk mengunjungi pantai tersebut pada waktu petang. Setiap petang, keadaan di Pantai Siring amat sesak. Ramai pengunjung datang untuk menikmati keindahan alam yang cantik terbentang luas di Kampung Pulai ini terutamanya pada waktu puncak matahari terbenam. Deruan ombak kedengaran membuat pengunjung menarik untuk mendapat ketenangan jiwa. Rentetan dengan itu, keindahan alam alam ini amat baik untuk para pelajar untuk mendapatkan ketenangan dan merawat fikiran. Kedengaran burung menyanyi memeriahkan lagi suasana di pantai tersebut. Kedengaran gurauan senda kanak-kanak yang riang bermain air serta sorokan beberapa pengunjung ketika memancing ikan. Di Pantai ini bukan sahaja boleh menikmati kecantikan ciptaan maha besar ini, malah terdapat beberapa pakej permainan air yang ditawarkan kepada pengunjung yang datang seperti kayak. Jadi, para pengunjung dapat meluangkan masa dengan aktiviti air bersama keluarga atau rakan. Selain itu, tidak lengkaplah sebuah pantai jika tiada gerai makan untuk para pengunjung yang datang mengunjung. Di pantai ini, terdapat deretan gerai makan yang sedap yang patut pengunjung luar untuk mencuba. Para pengunjung amat bertuah kerana dapat menikmati makanan di sebelah pantai. Jadi, marilah semua untuk mengunjungi Pantai Siring ini yang terletak di Jalan Jeti Anjung Batu, Kampung Pulai, 77300 Merlimau, Melaka.
Comments
Post a Comment