KERACUNAN BAHASA SEMAKIN BERLELUASA DI NEGARA KITA


  اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Bahasa Melayu kaya dengan peristilahan dan ragam bahasa. Malah kemunculan teknologi moden menyebabkan keracunan bahasa seperti bahasa rojak mudah berleluasa di media sosial. Hal ini menyebabkan remaja mudah dipengaruhi dengan bahasa rojak iaitu penggunaan dua bahasa dalam satu wacana (ayat). Perkara ini boleh dilihat di media sosial itu sendiri seperti di ruangan komen aplikasi 'Tiktok' dan 'Instagram'. Rata-rata netizen gemar menggunakan bahasa rojak ketika mereka melontarkan komen di media sosial.

 


'Manusia always do a mistake, tapi bukan kesilapan kesilapan sama yang di ulang2','die x nmpk effort kite utk sntiasa ade..tp berkali-kali x dihargai..rase perlu dtg, x perlu ignore.. bile luah, kite jugak dipersalahkan..' . Berikut adalah sedikit cebisan daripada komen yang dilontarkan oleh segelintir netizen di ruangan komen. Disini, kita dapat lihat bahawa remaja kini telah sebati dengan keracunan bahasa (bahasa rojak) walhal mereka tahu bahasa Melayu amat penting untuk dikekalkan dan dibanggakan bukan digunakan sewenang-wenangnya. Oleh itu, kita sebagai warganegara Malaysia perlulah mempunyai jati diri yang tinggi dalam mempertahankan bahasa ibunda kita. Kita juga hendaklah berbangga dalam penggunaan bahasa Melayu dengan cara mengekalkan penggunaan bahasa Melau ketika berkomunikasi dua hala mahupun di media sosial. Dengan cara tersebut, bahasa Melayu dapat digunakan dengan sebaiknya serta masyarakat negara luar turut boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu ketika berkomunikasi. Sehubungan dengan itu, Duta Bahasa juga perlu memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan bahasa Melayu ketika berkomunikasi da sebaliknya supaya bahasa Melayu tidak dicampur adukkan dengan bahasa asing lagi.

Comments

Popular posts from this blog

PANTAI SIRING, MELAKA