SASTERA SERING DI PERSENDAKAN ?

 


 اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Novel merupakan salah satu karya sastera yang mampu mendidik pembaca untuk memperoleh manfaat daripada karya tersebut. Malah, ada segelintir penulis yang kurang mempunyai ilmu asas sastera mengambil langkah mudah semasa menghasilkan sesebuah karya sastera. Mereka lebih mementingkan keuntungan daripada kualiti karya sastera tersebut. Walhal sesebuah karya sastera yang baik adalah mengandungi bahasa yang indah-indah sahaja. 

    Semenjak kebelakangan ini, isu sastera telah menjadi sebutan hangat di media sosial mahupun sidang akhbar. Kebanyakan pengarang sastera yang hebat amat sedih apabila mendengar berkenaan dengan isu tersebut.  Pada baru-baru ini, negara kita telah digemparkan dengan sebuah karya sastera iaitu Novel yang bertajuk "Darlingku Mr Cold Mafia" telah didakwa oleh pihak berkuasa kerana mempunyai unsur 'child grooming', pedolia, dan babak intim yang keterlaluan sehingga mencetuskan kemarahan pada pihak tertentu terutamanya pihak sastera itu tersendiri. Walhal pengarang karya tersebut adalah seorang muslim sejati yang sepatutnya sudah mengetahui perkara tersebut telah melanggar syariat islam. Perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak berkuasa kerana ianya tidak mempunyai moral malah mudah mempengaruhi remaja sekarang. Terdapat beberapa pihak berkuasa telah mengenakan tindakan yang sewajarnya terhadap pengarang mahupun pencetak serta penerbit novel tersebut  kerana telah bersubahat dengan pengarang demi meraih keuntungan. Secara umumnya, pihak penerbit perlu menyaring terlebih dahulu karya-karya sastera sebelum menerbit supaya karya sastera yang diterbit mempunyai ilmu yang berkualiti tinggi dan manfaat terhadap pembaca bukan sekadar hiburan semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

PANTAI SIRING, MELAKA