SASTERA SERING DI PERSENDAKAN ?

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Novel merupakan salah satu karya sastera yang mampu mendidik pembaca untuk memperoleh manfaat daripada karya tersebut. Malah, ada segelintir penulis yang kurang mempunyai ilmu asas sastera mengambil langkah mudah semasa menghasilkan sesebuah karya sastera. Mereka lebih mementingkan keuntungan daripada kualiti karya sastera tersebut. Walhal sesebuah karya sastera yang baik adalah mengandungi bahasa yang indah-indah sahaja. Semenjak kebelakangan ini, isu sastera telah menjadi sebutan hangat di media sosial mahupun sidang akhbar. Kebanyakan pengarang sastera yang hebat amat sedih apabila mendengar berkenaan dengan isu tersebut. Pada baru-baru ini, negara kita telah digemparkan dengan sebuah karya sastera iaitu Novel yang bertajuk " Darlingku Mr Cold Mafia " telah didakwa oleh pihak berkuasa kerana mempunyai unsur 'child grooming' , pedolia , dan babak intim yang keterlaluan sehingga mencetuskan kem...