KUIH BOM BUATAN BONDA
Bismillahirahmanirahim, اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Pada pembukaan warkah saya ini, saya akan menceritakan mengenai kuih bom buatan ibu saya. Sebelum itu, saya akan menceritakan serba sedikit mengenai asal usul kuih bom ini. Kuih bom ini merupakan kuih tradisional negeri sembilan. Nama lain bagi kuih tradisional ini adalah kuih bom bijan, dan kuih onde-onde. Bentuk kuih ini ialah bulat, berbijan, garing dibahagian luar, dan lembut sehingga ramai menggemarinya terutamanya golongan orang tua. Terdapat banyak jenis inti yang boleh digunakan sebagai inti kuih bom iaitu kacang merah, kacang hijau, dan paling popular adalah inti kelapa manis. Dengan ini, saya menceritakan sinonim kuih bom ini dengan keluarga saya. Pada mulanya, ibu saudara saya berhasrat tinggal sementara di rumah saya untuk melepaskan rindu kepada adik bongsunya iaitu ayah saya. Pada ketika itu, ibu saudara saya hanya bersahaja untuk menunjuk ajar ibu membuat kuih tersebut. Tetapi hasil dar...